Buat Renungan Kita Bersama
 
 

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari-cari
walaupun sudah ada segala-galanya.

Apalagi yang tiada di Syurga.
Namun Nabi Adam A.S. Tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik, kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah.
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.
Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik
dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki waja-negarawan, karyawan, jutawan dan segala macam 'wan' yang lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwomen.
Wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.

Itulah hakikat dan akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak kenal diri sendiri, apalagi mahu mengenali lelaki.
Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan menjadi huru hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa yang dilindungi.

Pada lelaki pula, jangan hanya mengharap ketaatan.
Tetapi biarlah melalui kepimpinan yang inteligen.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.

Sejahat mana lelaki pun pasti akan mengharapkan wanita yang solehah bakal menyinari kehidupannya.
Namun janganlah mengharap isteri seperti siti fatimah kalau peribadi sendiri belum lagi seperti Sayyidina Ali.
 

*Buat saudari Maria terima kasih...

BACK UP